November 8, 2012

South Korea: Seoul Day 1-Part 1 (13/10/2012)

Akhirnyaaa...aku gagahkan diri menulis semula...Aku tau mungkin tak ada orang yang baca blog ni lagi...Tapi aku anggap segala detail perjalanan yang kutulis akan digunakan untuk rujukan aku kemudian hari...Mane tau aku nak pergi tempat-tempat yang pernah kulawati...Anyway, aku nak menceritakan perjalananku ke Korea Selatan...emm ape motif aku ke sini? Ape mendorong aku ke sini? Well...since aku gemar tengok cerita korea...aku macam terpengaruh nak ke sini...aku nak try food dia...sedap sangat ke? aku nak tengok scenary dia...cantik sangat ke? aku nak tengok orang-orang dia...handsome and comel sangat ke? Haha begitu banyak persoalan. Aku pergi bersama 5 orang members...so total 6 orang. Aku suka trip ni sebab bila ramai-ramai boleh buat benda gila-gila and happening!


SEOUL Day 1 (Part 1)
 
Setibanya di Incheon Airport, kami ke kaunter tiket limousine bus. Kami menaiki bus no# 6011 (10 000 won) sebab bas ini turun berdekatan dengan penginapan kami iaitu http://www.guesthouseinkorea.com. Cuaca sangat baik dan sedikit dingin. Aku masih tak percaya yang aku dah sampai South Korea! Lagipun ini first time aku merasa musim autumn. I love autumn!
Sementara menunggu bas di luar airport

Kami turun di stesen Anguk. Kena jalan untuk ke guesthouse.  Guesthouse ini sangat dekat dengan Changdeokgung Palace (Hanya 5 minit berjalan kaki).  Kami meletakkan beg dan terus ke Changdeokgung Palace sebab check-in time hanyalah bermula pukul 1 pm. 

Changdeokgung Palace (tutup setiap isnin) -3000 won
Compound ticket disediakan dimana  dengan hanya 10,000 won, pengunjung boleh melawat kesemua palace termasuk Secret Garden. Dari apa yang aku baca di travelblog, kebanyakan mereka mengsyorkan melawat ke Secret Garden yang terletak dalam Changdeokgung walaupun bayaran masuknya agak mahal .
Kami mengexplore sendiri sebab terlepas english tour. Ada next English tour tapi lambat. Daripada info yang tercatat , kebanyakan struktur asal kesemua palace  telah dimusnahkan ketika Japanese invasion pada tahun 1592 tetapi struktur asal Changdeokgung boleh dikatakan masih terpelihara.  Ini mungkin salah satu sebab yang menjadikan Changdeokgung Palace terpilih untuk menjadi salah satu warisan UNESCO.

Lepas dah explore semua, kami cadang nak tengok Royal Guard Changing ceremony pada pukul 2.30. Tetapi apabila aku bertanya dengan pekerja di situ, ceremony itu hanya ada di Gyeongbokgung Palace. Dia menyuruh kami bergerak ke sana dan kemudian masuk semula ke sini. Tak jadi tengok sebab masing-masing malas nak bergerak jauh. Secret Garden pula juga tak boleh masuk sebab pelawat perlu join tour. Oleh itu, kami terpaksa menunggu pukul 3pm untuk menunggu waktu English tour. Disebabkan ada masa lagi sementara menunggu tour Secret Garden, kami melawat palace lain iaitu Changgyeonggung Palace.

Compound tiket
Changdeokgung Palace
Kami yang suka jalan-jalan
Hi stalker!
Benda atas bumbung tu kononnya penjaga daripada benda-benda jahat

Unik

Changgyeonggung Palace (tutup setiap Isnin) -1000 won
Pintu masuknya hanyalah sebelah Secret Garden. Dalam kawasan palace tu pun cantik sebab ada tasik yang luas dan taman botani. Dalam ini, jumpa banyak budak comel dan ahjusshi (pakcik) yang ramah.

Bersambung...

Tasik
Tasik lagi
Taman botani
Ramai yang lepak tepi tasik ni...
Dengan ahjussi yang baik dan peramah
Comel betul budak ni...siap pakai traditional custom lagi
Ni kakak budak atas tu.