June 30, 2011

Overland Cambodia-Thailand Day 2 (27/04/2011)

Kami sampai di Sorya Bus Station dalam kol 7 pagi. Bas schedule ke Siem Riep every one hour. Bas akan lalu jalan kampung so bolehla usha itik, ayam, sawah ke…Jangan risau kalau nak ‘erk erk’ ke sebab bas akan stop 2 tempat untuk rehat. Lama weh dalam 6-7 jam nak sampai Siem Riep.Macam nak balik Kelantan je. Tempat rehat nanti ada kedai makan tapi tak tau halal ke tak. Jangan terkejut kalau ada yang jual spider goreng. Bluweek...Kami hanya beli buah iaitu nenas dan magga dengan harga usd 1 buat alas perut.

tempat rehat


spider masak sambal...haha


Aku sebenarnya kalau dalam bus konpem bantai tido tapi kali ni aku tak bole nak lelap mata sikit pun sebab driver bas tu sangatlah berhemah. Setiap masa asyik je nak hon. Oke aku tak kisah kalau dia nak bagi amaran kat pemandu kenderaan lain di depan tapi apehal ko nak hon lembu tepi jalan!. Dah nak pekak telinga aku. Aku perasan mat salleh seat depan aku pun macam bengang. So memang 6 jam keje kami sembang sambil layan lagu Cambodia yang haram aku tak paham. Lagu sana kalau sedih, serius bunyi macam sedih gila walaupun ko tak paham apa-apa.

Aku tak tahu bus drop kat mana bila sampai Siem Riep. Nampak macam bus station tapi tak nampak kaunter tix bus. Turun je dari bus, semua driver tuk-tuk akan konpem serbu. Nasib baik driver tuk-tuk dari guesthouse yang aku book untuk stay di Siem Riep dah tunggu kami. Oh ye lupa nak bagitau. Lepas aku beli tix bas ke Siem Riep, aku call guesthouse tu bagitau tix aku pukul berapa supaya diaorang senang nak arrange tuk-tuk untuk pick-up nanti. Kalau tak call memang tercegat macam patungla kat station tu . Pastu, aku minta tolong dia drop kat tempat yang bole beli tix pegi Bangkok.

Dia stopkan kami di satu kedai travel agent. Kami beli tiket ke Bangkok dengan harga usd 10. Setelah sampai ke tempat kami nak menginap, kami request driver tuk-tuk ke Angkor Wat untuk 2 hari. Harga dia caj dalam usd 35. Driver tuk-tuk adalah orang yang sama yang pick-up kami kat station tu. Tapi pergi sana esok sebab masa macam dah agak lewat. Jadi kami decide jalan-jalan sekitar area guesthouse tu. Luckily, guesthouse kami dekat dengan Old market! Old market adalah tempat shopping yang popular di kalangan pelancong dan di situ senang nak cari makanan halal.

Bilik memang superb. Aku memang highly recommend guesthouse ni sebab sangat selesa and price pun okay dalam usd 16 per nite. Reservation tak payah bayar apa-apa just inform nak booking berapa hari. Check website ni:http://www.ei8htrooms.com/home.htm Lagipn nak cari makanan halal senang sebab walking distance. Disamping tu, computer with free internet access, VCD player and VCD semua available kalau nak pinjam.

bilik kitaorang...cantik kan


Lepas sembahyang dan rehat sebentar, kami gerak ke Old Market. Receptionist bagi kami map untuk memudahkan pencarian. Taklah jauh sangat. Kami shopping souvenirs and paintings. Pantings kat sini memang murah from usd 5 pun ada. Lepas tu, terus balik sebab macam dah tak larat. Balik je bilik, layan DVD dan balun makan meggi. Fuuh heaven! Tak sabar nak pergi Angkor Wat!


June 23, 2011

Overland Cambodia-Thailand Day 1 (26/04/11)

Flight bertolak ke Phnom Penh pada pukul 7.30 pagi. Kami duduk sebaris dengan sorang lelaki Chinese yang namanya aku dah lupa. Aku namakan dia sebagai Y jela. Sampai Phnom Penh airport pada pukul 7.30 pagi iaitu waktu yang sama depart dari LCCT sebab perbezaan 1 jam. Airport transfer yang aku request dari hotel yang aku dah book online tak datang. Nak ambil tuk-tuk luar airport macam mahal sangat sampai USD 7 yang aku rasakan tak berbaloi sebab jarak ke town tak jauh. Nasib baik Y ajak kami naik dengan dia memandangkan wife dia datang pickup dengan kereta. Y bekerja di Cambodia dan wife dia memang orang sana. Y bawa kami ke Sorya Bus Transport dulu dekat area Central Market (Phsar Thmey) bila dia tau kami nak beli tiket ke Siem Riep keesokannya. Harga tiket bas dalam USD 4.5. Lepas tu, baru dia hantar kami ke hotel.

Nama hotel tu Home Sweet Home guesthouse. Aku book melalui Hostelworld dengan harga USD 10 pernite. Murah kan? Bilik kemas dengan toilet yang bersih. Semuanya ok except tuk-tuk service yang dia lupa nak provide. Hehe…owner hotel tu bagitau dia dah suruh someone datang pick-up kami di airport. Sebenarnya kami kena bayar USD 5 sebab diaorg tak sediakan free pickup. Jangan harapla aku nak bayar. Nasib baik dia pun tak minta. Kemudian, kami book driver tuk-tuk untuk pergi jalan-jalan. Caj dalam USD 15 untuk pergi ke Tuol Seng Genocide Museum, Killing Field dan Russian Market. Kami ada sehari je kat Phnom Penh so tempat lain seperti temple and palace kami cancelkan. Lagipun based on aku baca dalam internet tempat yang lain biasa-biasa je. Yang penting Tuol Seng Museum & Killing Field.

Tuol Seng Museum

Bayaran masuk USD 2 per person. Creepy gila bangunan dia sampai meremang tengkuk aku. Bangunan ni dijadikan tempat menyeksa tawanan sebelum dibunuh. Bangunan ni merupakan bekas sekolah sebelum dijadikan penjara oleh rejim Pol-Pot. Ada 4 bangunan dibuka untuk pelawat. Masa kami sampai tu tak ramai orang so agak menyeramkan kalau satu floor kami berdua je. Lebih-lebih lagi masa nak naik tangga dari satu floor ke floor lain. Rasa macam ada benda je. Nak ambil gambar pun takut-takut.

one of the bulding...


bilik darjah yang dijadikan tempat seksaan...seram wes...


antara gambar orang yang ditangkap untuk diseksa...


Killing Field

Bayaran masuk lebih kurang USD 2-3. Tempat ni kawasan tanah perkuburan dimana tempat tawanan dibunuh. Tempat ni kurang creepy walaupun ada banyak mass grave dan ada satu monument menempatkan semua tengkorak & tulang yang dijumpai. Besnye kat sini sebab kami jumpa seorang mamat Malaysia yang good looking jugakla. Aku tak sempat nak berkenalan lebih dekat sebab dia terus hilang. Kami sempat berborak sekejap je. Masa nak balik tu Ketta cakap dia nampak mamat tadi dengan member dia tengah lepak kat bawah pokok . Mula-mula Ketta nak ajak lepak sama-sama tapi ingat aku cam tak nak . Boleh tak camtu?. Kitaorg assume kalaulah kami tegur time tu mesti bole travel sama-sama lepas ni. Haha gedixs!

aktor /aktres cambodia yang dibunuh...


penat weh...panas lak tu...

Old Market

Lepas peristiwa yang menyayatkan hati tadi (ceewaah ayat poyo je), kami nak therapy dengan shopping! Russian Market one of the famous market di Phnom Penh selain Central Market. Sini shawl murah sangat dalam USD 1.5-2 depends on the quality. Corak pun cantik. Actually kalau pernah pergi ke Vietnam mesti perasan yang barang dia lebih kurang same je. Maybe sebab negara mereka bersempadan. Aku rasa di Cambodia lagi mahal sebab sini guna matawang USD.

Malam tu, kami terkejut bila Y datang guesthouse kami sebab nak pulangkan google map aku yang tertinggal dalam kereta dia. Adus baik betul dia ni. Padahal aku sebenarnya tak kisah pun map tu sebab tak nak guna lagi. Kami ajak dinner sama-sama di Puncak Hotel. Puncak Hotel ni owner dia Malaysian. Makanan disitu halal. After makan Y ajak round bandar tengok night view. Kami sewa tuk-tuk dalam USD 3. One of the good place nak berdating ke ialah Diamond Island (bukan pulau eh tapi taman). In my opinion, Phnom Penh tak ada apa-apa sangat. Kalau nak stay lebih 2 hari mesti mati kutu tak tahu nak watpe. So kalau pergi 1-2 hari just nice.

dalam tuk-tuk dengan Y yang bawa motor..

June 9, 2011

Intro: Phnom Penh-Siem Riep-Bangkok

Lamenye aku tak menaip entry travelling. Aku nak start dengan trip aku ke Cambodia-Thailand. This is first time aku travel ala backpackers and segala info mak nenek aku google. Selain tu, aku search di forum cari sebab ramai orang Malaysia kongsi pengalaman mereka travelling di Cambodia dalam tu. Memang sangat-sangat membantu. Aku pergi berdua dengan ofismate aku sebab senang nak bergerak disamping menjimatkan masa.

Aku paling suka trip ni dari trip-trip sebelum ni sebab aku rasa sangat-sangat berpuas hati dan berjaya manage bajet dengan jayanya.Terus-terang aku sangat sukakan Cambodia especially sejarah mereka yang melibatkan kekejaman Pol Pot.

Aku baru je buat draft untuk Day 1 and Day 2…itupun tak finalize lagi sebab aku sangat lemah dalam bab penulisan…Banyak kali aku baca pastu edit sebab rasa ayat macam tak best. Lain kali aku patut tulis je on the spot and publish.

To be continue...