September 20, 2011

Overland Cambodia-Thailand Day 4 (29/04/2011)

Ok hari ni kami plan pergi melawat lepas zohor sebab hari ini nak tengok sunset. Owh smlm tengok sunrise kan. Kali ini kami pergi melawat candi yang terletak agak jauh dari kawasan utama Angkor Wat. Kena melalui kawasan kampong. Sebenarnya kalaula ada orang baca blog aku ini paham ke dop macam mana kedudukan candi-candi ini. Secara ringkasnya candi-candi ini terletak dalam satu kawasan macam hutan simpan. Candi-candi ini bukanlah terletak sebelah menyebelah je. Ade yang jauh sikit. Macam yang aku nak pergi ni sampai pelusuk kawasan kampong ceruk mana aku pun tak tau. Aku rasa kampong itu masih di dalam kawasan simpanan Angkor Wat. Candi yang ini spesel sikit sebab dibina dengan red sandstone (batu pasir berwarna merah). Memang cantik dan strukturnya still lagi well-preserved. Kalau tagkap gambar memang cantik. Rugi tak datang sini. Nama candi ini ialah Banteay Srey.

Banteay Srey...merahkan struktur batuan


Konon nak wat kulit album...poyo!

Lepas tu, kami gerak melawat candi yang lain yang namanya aku pun dah lupa.hahaa. Lastly, bila nak dekat senja, kami pergi candi yang terakhir untuk trip kali ni..Sekali lagi kami diuji menaiki bukit yang tinggi sebab ia terletak di atas bukit. Ada disediakan perkhidmatan gajah kat bawah tu untuk naik bukit tapi harga dia mahal. Lagipun ramai pelancong prefer jalan kaki beramai-ramai. Tangga batu nak naik candi tu very steep. Memang mencabar betul nak naik. Sampai di puncak atas candi tu, kami cari port yang best nak tengok sunset. Sementara tu, bolehlah layan kegedikan dengan mengambir gambar. Tapi best lepak atas ini sebab dapat tengok pemandangagan yang luas. Tunggu punya tunggu matahari masih tak kelihatan sebab cuaca time itu redup dan mendung. Huhu tragis sungguh. Jadi kempunanlah nak tengok sunset. Masa nak turun bukit, memang sedih sangat sebab nak tinggalkan kawasan ancient for the last time. Tak dapat lagi nak tengok bangunann purba ini lagi.

Macam biasa aku tak ingat nama...


Candi tempat tengok sunset...Tak ingat nama gak...huhu

Malam tu kami makan kedai halal yang lain tapi still indian/pakistan cuisine. Aku order nasi goreng telur and kawan aku order nasi goreng vegetarian. Sekali sampai portion dia besar gila yang boleh panggil 2 orang meja sebelah join makan sekali . Tapi bila makan memang super sedap walaupun tiada ayam, daging or seafood dalam tu. Rempah ratus dia kot yang menjadikan nasi goring tu sedap. Aku Berjaya haiskan nasi tu. Memang tak disangka-sangka (Ke memnag dijangka??). So tak jadi panggil orang sebelah join skali. Nama kedai aku tak ingat tapi kedai ini terleak antara lorong nak masuk guesthouse kami dengan jalan besar. Okeyla itu je aku nak membebel. Esok kami nak ke Bangkok!

No comments: