December 8, 2012

South Korea:Seoul Day 1 Part 2 (13/10/2012)

Ok sambung balik entry Seoul Day 1...

Secret Garden -5000 won

Lebih kurang pukul 3, kami keluar dari Changgyeonggung Palace dan menuju ke pintu masuk Secret Garden.
Mase itu dah ramai tourist yang beratur. Secret Garden merupakan tempat istirehat keluarga diraja pada waktu stress. Tapi aku  tak tahu kenapa nak dinamakn 'secret'. Bagi aku, pemandangan dalamnya cantik tapi taklah secantik seperti yang diperkatakan. Personally aku lagi suka Changgyeonggung Palace. Tapi semua bergantung kepada pendapat masing-masing.

library diraja



tour guide with us the tourist

Dongdaemun Ikan Bakar

Habis je tour tu, masing-masing dah flat sebab penat dan lapar. Cadang nak  pergi makan ikan bakar di Dongdaemun. Tapi sebelum tu balik guesthouse dulu sebab belum check in. Kami book dorm untuk 6 orang. Dorm dan tandas semua ok dan bersih.

Lepas bersiap, kami menuju ke subway Anguk (Kena jalan sikit). Kami membeli  T-money (macam Touch n Go) yang boleh didapati di stesen subway atau dalam mini mart. Harga asal kad tu 3000 won dan kami topupkan dalam tu 7000 won. Card tu boleh digunakan untuk kebanyakan public transport termasuk membeli barang di mini mart.
  
Kami menaiki subway menuju ke Dongdaemun stesen.  Dari situ, kami mengikut arah yang diberikan oleh Malaysia forummer. Boleh juga refer direction from kakiberangan.blogspot.com. Disebabkan kami ada member yang bagus membaca map dan arah, maka jumpa gak tempat tu dengan jayanya tanpa kesesatan. Menu kami malam itu ialah ikan bakar mackerel, squid (masak sambal), tofu stew and kimchi jigae. Mase ni ada satu incident di mana rupanya kimcji jigae tu ade bab. Mase tu ada antara kami yang dah hirup sup dia (nasib baik tak makan lagi daging). Apalagi terus suruh makcik tu tukar.
 
T-money for public transport
kedai ikan bakar (signboard putih)
squid sambal..sedap gler
mackarel bakar

Changyeo Stream & Doota Mall

On the way balik, kami singgah di changyeo stream yang masih dalam area Dongdaemun. Tempat ini sesuai untuk melepak atau berdating. Hehe...Masa kami sampai, ramai orang sebab kebetulan ada performance malam tu.

Untuk info, kebanyakan market di area dongdaemun tutup on weekend. Tapi ada yang aku baca dia tutup waktu malam je on weekend dan siang masih buka. Mungkin boleh check balik. Walaupun begitu masih terdapat beberapa shopping complex sekitarnya seperti Doota mall yang beroperasi 24 hours! Bolelah lakukan aktiviti shopping lewat malam sesiapa yang tak boleh tido tu.Kalau ke Doota Mall, jangan lupa singgah kedai souvenir yang terletak di bahagian hujung tingkat 5. Ada 2 kedai souvenirs di situ dan salah satu kedai nama Arirang. Dengar kata ramai pelancong malaysia membeli souvenir disitu sebab  harga yang berpatutan.  Aktiviti malam ni hanya sekitar Dongdaemun . Kami balik ke guesthouse agak awal sebab nak checkout pagi-pagi lagi untuk naik bas ke Busan!

changyeo stream waktu malam
Doota mall (24 hours!)