Hari ini memang saat yang ditunggu-tunggu sebab nak pergi Angkor Wat. Kami bertolak seawal 5 pagi semata-mata nak tengok sunrise. Sampai di pintu utama, kami membeli pas pelawat berharga USD 40 untuk 3 hari. Maknanya kami boleh datang sini lagi sekali sampailah cukup 3 hari. Kalau pas untuk satu hari, seminggu atau sebulan harga lain-lain. Dah masuk jangan hilangkan pula sebab nanti pelancong diminta menunjukkan pas pelawat itu setiap kali nak masuk melawat setiap kawasan candi. Ada banyak candi dalam Angkor Wat. Jangan ingat Angkor Wat je ada dalam tu. Huhu…Tapi memang Angkor Wat yang paling popular sebab strukturnya masih ‘well preserved’ dan lambang Angkor Wat ini boleh dilihat di dalam bendera rasmi Cambodia.
Sampai je depan Angkor Wat, memang sudah ramai pelancong yang dah berpusu-pusu masuk. Ingatkan kami yang paling awal..hehe…Tapi honestly cantik sangat pagi tu. Matahari tak naik lagi. Suasana memang dingin dan sejuk. Nak tangkap gambar luar Angkot Wat tak cantik sangat sebab tak ada cahaya matahari. So kami terus gerak masuk untuk cari tempat yang best untuk ambil gambar sunrise. Sebab dah ramai sangat pelancong, kami decide tunggu di satu kawasan yang tak ramai orang sambil mengambil beberapa keping gambar. Memang ambil gambar sudut mana-mana pun cantik sebab the pictures look ancient! Memang best! Bila dah nampak sunrise, Kawan aku ambil gambar sementara aku pergi cari port nak duduk sambil layan blues..haha..Tetiba seorang lelaki remaja local datang menghampiri aku. Ishh kacau betol tau. Dia tunjukkan aku beberapa keping buku mengisahkan semua candi-candi yang dibina. Aku meminta dia jual satu buku dengan 10 usd instead of 27 usd. Memula dia tak nak bagi tetapi akhirnya dia mengalah sebab aku kata nak beli dua untuk aku dan kawan aku. Jadi dengan buku itulah kami bawa kehulur-kehilir setiap kali melawat candi-candi dalam kawasan itu sebab kami tiada tourist guide yang nak terangkan apa kejadah benda tu semua. So dengan buku tu bolehlah tau sikit-sikit sejarah macam mana candi tu dibina dan bala bla bla…Nampak independent tak? Muahahaa..

Dalam kawasan Angkor Wat...sebelum sunrise...

Sunrise di Angkor Wat...

Dalam Angkor Wat lagi...

Luar kawasan Angkor Wat...
Selepas melawat Angkor Wat, kami naik tuk-tuk semula pergi ke kawasan candi yang lain. Hari ini kami melawat candi-candi yang terdapat dalam small tour. Aku tak ingat nama-nama candi sebab memori aku dah lupus.ngeeee….Tapi aku ingat ada nama satu candi tu iaitu Ta Phrom. Candi ini popular sebab ada shooting filem Angelina Jolie untuk Thomb Raider. Candi ini memang senang nak recognize sebab banyak akar pokor yang besar tumbuh di kawasan candi tu. Masalahnya bateri kamera kong pula time tu. So dapat tangkap gambar candi je tanpa kami berposing kegedikan. Huh memnag agak frust. Tula akibatnya kalau excited sangat ambil gambar sampai tak ingat dunia.

Ta Phrom...nampak tak akar pokok besar gedabak...Struktur candi di sini pun banyak yang dah musnah...
Lagi satu candi popular iaitu Bayon sebab candi ini banyak struktur muka diukir di dinding-dinding. Kami habis melawat semua candi dalam small tour dalam kol 1. Memang masa itu cuaca dah panas. Kalau datang sini dinasihatkan membawa banyak air sebab nanti akan cepat haus. Kalau tak nak beli pun tak ada masalah sebab banyak je penjual menjual minuman, makanan dan cenderamata. Tapi kena hati-hati dengan budak-budak yang menjual sebab mereka akan serbu ramai-ramai suruh beli barang mereka.

Bayon...

Tak ingat nama dia...

Ni pun tak ingat...huhu

Ni adalah map kawasan candi-candi tu...Yang line merah ialah small tour manakala line biru ialah big tour...Kalau diperhatikan banyak lagi candi sekeliling kawasan tu tapi tak termasuk dalam package tuk-tuk yang kami ambil...
Aku nak cerita masa kami tengah syok-syok ambil gambar, tetiba datang sorang lelaki local. Dia macam baik sebab suggest kepada kami pergi sudut-sudut yang menarik nak tengok pemandangan lagi cantik pastu tolong kami tangkapkan gambar kami berdua. Lepas itu kami bersembang dengan dia. Aku rasa dia pekerja yang jaga kawasan candi tu tetapi bila kami nak blah tetiba aku dengar dia minta duit. Dia sebut money.. money... Tapi suara dia macam tak kuat tapi aku masih dapat dengar. Aku pun suruh kawan aku keluar dari situ cepat-cepat sebab aku tak nak bagi duit kat dia. Teruk btol asyik nak duit je. Susah tau kalau datang negara yang tak berapa membangun ni. Memang kena hati-hati. Ada kes beberapa kali ada makcik suruh kami berdoa depan patung tuhan dia dalam candi tu. Kami tolak cara baik cakap sorry we are muslim. Barulah dia faham. Ingat nak doa tu free?? colok yang dia bagi tu pun kene bayar tau.
Bila dah habis small tour, kami balik ke guesthouse. Perut aku pun dah lapar. Lepas bersihkan diri dan sembahyang, kami berjalan kaki menuju ke kawasan Old Market. Cari kedai halal India. Kedai-kedai halal ini kami google pastu nak tau di mana guna google map. Sonang citer…hahaha…Simple tak plan kitaorang?? Siyesly aku cakap makanan di Cambodia yang halal memang mahal. Kami kena bayar untuk ayam tandaori, kari ayam, nasi, samosa dan minuman dalam usd 15. Harga dia boleh makan Kenny Rogers yang sedap lagi menjilat jari…hehe…Nasib baik kami bawa bekal dari rumah macam meggi…coklat…sebab tak larat kalau nak beli makanan halal kat sini tiap-tiap hari. Lepas makan, kami menuju ke Angkor Night Market. Market ini aku tak ingat dia buka seawal jam berapa. Aku rasa jam 6 kalau tak silap. Market ini terletak tidak jauh dengan tempat kami menginap. Kami tak berapa excited nak shopping sebab banyak dah beli masa di Old Market sebelum ini. Not bad juga barang dia. Kami beli tshirt yang murah dalam usd 2 dan seluar macam Aladdin untuk pakai keesokannya. Esok nak pergi melawat candi2 dalam list big tour plak.yuhuuu~~

Angkor Night Market...Tshirt memang murah tapi kene pandai tengok kualiti...