Showing posts with label phnom penh. Show all posts
Showing posts with label phnom penh. Show all posts

June 23, 2011

Overland Cambodia-Thailand Day 1 (26/04/11)

Flight bertolak ke Phnom Penh pada pukul 7.30 pagi. Kami duduk sebaris dengan sorang lelaki Chinese yang namanya aku dah lupa. Aku namakan dia sebagai Y jela. Sampai Phnom Penh airport pada pukul 7.30 pagi iaitu waktu yang sama depart dari LCCT sebab perbezaan 1 jam. Airport transfer yang aku request dari hotel yang aku dah book online tak datang. Nak ambil tuk-tuk luar airport macam mahal sangat sampai USD 7 yang aku rasakan tak berbaloi sebab jarak ke town tak jauh. Nasib baik Y ajak kami naik dengan dia memandangkan wife dia datang pickup dengan kereta. Y bekerja di Cambodia dan wife dia memang orang sana. Y bawa kami ke Sorya Bus Transport dulu dekat area Central Market (Phsar Thmey) bila dia tau kami nak beli tiket ke Siem Riep keesokannya. Harga tiket bas dalam USD 4.5. Lepas tu, baru dia hantar kami ke hotel.

Nama hotel tu Home Sweet Home guesthouse. Aku book melalui Hostelworld dengan harga USD 10 pernite. Murah kan? Bilik kemas dengan toilet yang bersih. Semuanya ok except tuk-tuk service yang dia lupa nak provide. Hehe…owner hotel tu bagitau dia dah suruh someone datang pick-up kami di airport. Sebenarnya kami kena bayar USD 5 sebab diaorg tak sediakan free pickup. Jangan harapla aku nak bayar. Nasib baik dia pun tak minta. Kemudian, kami book driver tuk-tuk untuk pergi jalan-jalan. Caj dalam USD 15 untuk pergi ke Tuol Seng Genocide Museum, Killing Field dan Russian Market. Kami ada sehari je kat Phnom Penh so tempat lain seperti temple and palace kami cancelkan. Lagipun based on aku baca dalam internet tempat yang lain biasa-biasa je. Yang penting Tuol Seng Museum & Killing Field.

Tuol Seng Museum

Bayaran masuk USD 2 per person. Creepy gila bangunan dia sampai meremang tengkuk aku. Bangunan ni dijadikan tempat menyeksa tawanan sebelum dibunuh. Bangunan ni merupakan bekas sekolah sebelum dijadikan penjara oleh rejim Pol-Pot. Ada 4 bangunan dibuka untuk pelawat. Masa kami sampai tu tak ramai orang so agak menyeramkan kalau satu floor kami berdua je. Lebih-lebih lagi masa nak naik tangga dari satu floor ke floor lain. Rasa macam ada benda je. Nak ambil gambar pun takut-takut.

one of the bulding...


bilik darjah yang dijadikan tempat seksaan...seram wes...


antara gambar orang yang ditangkap untuk diseksa...


Killing Field

Bayaran masuk lebih kurang USD 2-3. Tempat ni kawasan tanah perkuburan dimana tempat tawanan dibunuh. Tempat ni kurang creepy walaupun ada banyak mass grave dan ada satu monument menempatkan semua tengkorak & tulang yang dijumpai. Besnye kat sini sebab kami jumpa seorang mamat Malaysia yang good looking jugakla. Aku tak sempat nak berkenalan lebih dekat sebab dia terus hilang. Kami sempat berborak sekejap je. Masa nak balik tu Ketta cakap dia nampak mamat tadi dengan member dia tengah lepak kat bawah pokok . Mula-mula Ketta nak ajak lepak sama-sama tapi ingat aku cam tak nak . Boleh tak camtu?. Kitaorg assume kalaulah kami tegur time tu mesti bole travel sama-sama lepas ni. Haha gedixs!

aktor /aktres cambodia yang dibunuh...


penat weh...panas lak tu...

Old Market

Lepas peristiwa yang menyayatkan hati tadi (ceewaah ayat poyo je), kami nak therapy dengan shopping! Russian Market one of the famous market di Phnom Penh selain Central Market. Sini shawl murah sangat dalam USD 1.5-2 depends on the quality. Corak pun cantik. Actually kalau pernah pergi ke Vietnam mesti perasan yang barang dia lebih kurang same je. Maybe sebab negara mereka bersempadan. Aku rasa di Cambodia lagi mahal sebab sini guna matawang USD.

Malam tu, kami terkejut bila Y datang guesthouse kami sebab nak pulangkan google map aku yang tertinggal dalam kereta dia. Adus baik betul dia ni. Padahal aku sebenarnya tak kisah pun map tu sebab tak nak guna lagi. Kami ajak dinner sama-sama di Puncak Hotel. Puncak Hotel ni owner dia Malaysian. Makanan disitu halal. After makan Y ajak round bandar tengok night view. Kami sewa tuk-tuk dalam USD 3. One of the good place nak berdating ke ialah Diamond Island (bukan pulau eh tapi taman). In my opinion, Phnom Penh tak ada apa-apa sangat. Kalau nak stay lebih 2 hari mesti mati kutu tak tahu nak watpe. So kalau pergi 1-2 hari just nice.

dalam tuk-tuk dengan Y yang bawa motor..