January 15, 2012

missing cambodia

aku tak tau kenapa ak rindu giler cambodia. setakat ni aku rase trip tu paling best.

sebab?

mungkin aku memang suka dengan sejarah. lebih lagi pasal tinggalan rejim yang ganas...perang...em prison...but aku tak suka muzim! pelik kan. aku suka pergi kat mana berlaku sesuatu peristiwa itu not tinggalan sejarah yang ko angkut dan kumpul di sesuatu tempat. come on laa

Aku sukakan suasana 'lama' city dia...cam mane orang dia try survive...

then bila pergi siem riep aku suka tengok seni bina candi dia...

aku try relate somehow suatu ketika dulu betapa gahnya kerajaan dia dengan terbinanya binaan yang bole dianggap 'wonders' and cam mana keadaan kerajaan nya sekarang yang agak ke belakang...aku rasa ini semua effect pemerintahan rejim pol pot...

Pol pot banyak membunuh cendekiawan...it is a waste!...then sekarang diaorang try bangun balik...

aku bukannya suka repeat trip aku sebab aku ada banyak lagi negara yang aku belum pergi..tapi aku ingat nak repeat balik cambodia trip..em bila agaknya tu?

January 14, 2012

It's weekend!

Takde wat apepun weekend ni...boring tahap gaban ni...

Keje aku sebelum ni merevise itnerary perjalanan aku tapi sekarang aku da malas sebab aku nak suruh travelmate aku plak yang study...hehe

Dengar kata Air Asia dah stop route ke Europe ( Paris, London) and India (New Delhi, Mumbai). Hu..benda ni takde langsung effect kat aku..wahaha..tapi sebenarnya hampir beli tiket ke India tahun ni tapi masa tu atas sebab2 tertentu dibatalkan. Naseb baek!

January 11, 2012

2012!

Im Back!

First and foremost....

Happy New Year!

Aku rasa takde utang entry overland cambodia-thailand.Hari last day aku malas nak buat sebab just cerita pasal pergi airport je. Takyahla. Whatevapun airport Suvarnhabumi tu mantap!

Aku takda wish apa-apa untuk new year ni as usual..hehe..bila-bila masa boleh buat wish kan.

Aku nak buat entry pergi Bali tapi ya allah malasnya haku! Aku nak tepek gamba jelah dalam satu entry. Hahaha..

Tahun ini aku ada 2 trip. Satu bulan 4 dan satu lagi bulan 10...

Bulan 4 aku dah habis study and buat list semua. Hopefully semua lancar~

Bulan 10 nye trip aku malas lagi. masih drfting gitew...nak book hostel pon tak bole sebab awal sangat..so aku tengah pikir route nak cross banyak2 tempat. Akukan suka cross2 nie..jimat dapat cover banyak tempat!

Bulan 10 nye plan ni aku macam banyak gila aku nak cover tempat...tapi aku takut travelmate aku penat dan tak larat nak ikut. So anyoone nak join aku bulan 10 ni??? Yang sanggup kehulu-kehilir dan tak banyak kerenah.hehe

Ok bye!

September 30, 2011

Overland Cambodia-Thailand Day 6 (1/05/2011)

Hari yang menyedihkan dan mengembirakan. Sedih sebab….Aku dah plan nak pergi Katchanaburi. Kami naik skytrain kol 6 pagi semata-mata nak kejar beli tiket ke Katcahanaburi di Hua Lampong station. Hua Lampong ni ala-ala KL Sentral. Kami kejarkan tiket weekend train yang dikhaskan for tourist. Tapi bila pergi sana tiket dah habis. Frust gila. Nak naik local train macam tak berbaloi sebab kami bole melawat railway station kat Katcahanburi je. Tak dapat pergi lawat Wat Pho sebab timetable train tak mengizinkan. Arghhh frustnye! Nak naik teksi macam mahal sebab jauh kan.

So kami decide pergi Chatuchak Market je dari Hua Lampong station dan stop di Mo chit station (nearest train to Chatuchak Market). Tapi kena tukar train line di Siam station dulu. Pasar ni feymes sangat tapi beroperasi time weekend je. Aku tak plan dalam itinerary sebab tak nak shopping la konon. In the end, kena pergi juga. Sampai di sana, pasar masih tak buka lagi sebab start operasi kol 10 pagi. Kami lepak di tepi deretan kedai yang masih tutup. Time tu hujan turun renyai-renyai.

2 jenis train. Satu MRT dan satu lagi skytrain...System train bagus dan efisien. Airport line tak ditunjukkan dalam gambar:p

Banyak sangat kedai dalam pasar tu. Ko nak apa? Baju? Kasut? Baju baby? Pinggan mangkuk? Barang deco rumah? Semua ada. Best memang best tapi kalau tak bawa banyak duit memang ko cuci mata je sambil mengetap bibir and meroyan. Ramai gila orang waktu tu. Macam semut dah aku tengok. Tak habis tawaf pun tapi sebab dah penat plus ramai orang kami plan balik hotel semula.

Chatuchak Market...lawa weh kasut dia tapi takde size...

Ni kat luar Chatuchak...Sami ni tengah minta derma kot

Dari hotel, kami berjalan kaki ke Platinum Mall. Kalau tak tahu boleh je tanya orang sebab jalan dia lurus je. Ni lagi satu tempat syurga pakaian. Aku jalan tunduk je dalam ni. Bukan nak bagi tanda hormat tapi kerana tak mampu nak melawan nafsu membeli-belah. Bila perut dah lapar baru ingat jalan pulang. Bertentangan dengan hotel, terdapat beberapa stall kecil dibuka di tepi jalan yang menjual macam-macam makanan. Ada yang muslim punya. Kami makan meatball noodles, pulut mangga dan durian kat tepi jalan. Baru mampak macam local ye tak? Hehe…

Kedai ni tepi jalan sebelah jejantas. Berdekatan hotel...

Ni luar hotel..

September 28, 2011

Overland Cambodia-Thailand Day 5 (30/04/2011)

Pagi dalam kol 8, tuk-tuk from bus company pickup kami dari guesthouse ke tempat menunggu bas. Bagus kan ada service macam ni. Dalam bas, semua omputih kecuali kami. Nampak macam tersesat. Dulik! On the way to Poipet (the border’s name), bas akan stop dua kali (kalau tak silap) untuk rehat dan makan. Kami turun tapi tak makan sebab makanan tak halal kan. Ada sekali tu bas akan stop dan semua penumpang diminta turun. Agak lama kami melanguk di luar bas. Sempat borak-borak ngan sorang mat omputih.

Nanti driver tu datang balik sambil membawa sticker berwarna untuk setiap penumpang untuk dilekatkan atas baju. Aku jadi konfius jap. Apa kejadah dia bagi sticker ni la kan. Rupanya setiap warna menunjukkan destinasi yang berbeza. Nanti di sempadan thai-cambodia, penumpang akan separate dan menaiki kenderaan yang lain untuk ke destinasi masing-masing. Bas hanya bawa sampai sempadan Cambodia je. Lepas tu, someone from their company dari Thailand akan tunggu di border dan bawa kami menaiki kenderaan lain.

Tunggu driver bagi sticker...mat omputih yang paling depan dalam gambar nila yang kami sempat borak

Tiba di Poipet, semua penumpang turun. Time ni kami agak fening sebab tak tau nak tuju ke mana. Bas dropkan agak jauh dari kaunter imigresen. Makanya aku memfollow je tourist depan aku untuk ke kaunter imigresen.

Bila dah selesai urusan imigresen di Cambodia, kami tak tau nak ke kaunter imigresen Thailand plak. Nasib baik time tu ada sorang mamat ni from nowhere tunjukkan jalan ke kaunter imigresen Thailand. Rupanya mamat tu from bus company yang kami naiki tadi sebab dia kenal sticker yang kami lekatkan tadi. Time nak queue masuk Thailand punyela panjang barisan. Memang perlukan kesabaran yang tinggi ditambah cuaca yang agak panas.

Bila selesai semua urusan imigresen, someone bawa kami ke van yang disediakan untuk ke Bangkok.Van condition ok sebab ada aircond. Sampai di Bangkok, van tu drop kan kami semua di tepi jalan je (area Khaosan Road). Hampeh btol tau driver van ni. Blur lagi sebab tak tau camne nak ke train station. Ape lagi tahan teksi then suruh dia stopkan at any train station. Teksi pink pakai meter so dont worry.

Sampai train station aku dah hepi sbb aku tau kami bole survive lepas tu. Aku memang dah bawa train map untuk memudahkan kami bergerak nanti. Hotel tak book lagi. Kira redah jela tapi aku dah ada beberapa list hotel dan addressnya. Kami decide stay di Samran Place dengan room rm 90 per nite. Okla lagipun walking distance from nearby train statin (Ratchadewi). Nak pergi Pratunam (shopping), Platinum (shopping), Mak Yah restaurant (halal food), Fareeda Restaurant (halal food) semua walking distance je. Tapi sebenarnya shopping dua tu agak jauh. Kalau tak larat ambil je teksi. Kalau jalan lagi best sebab dapat cuci mata. Ngeee…Kalau tak tau jalan bole tanya receptionist hotel. Mereka mesti taunye.

Lepas check-in, kami lepak dalam bilik kejap sebab penat gila ko. Dari pagi gerak baru petang kol 6 baru dapat check-in hotel. Memang serius aku agak longlai malam tu. Tapi tabahkan diri berjalan ke Mak Yah restaurant sebab lapa. Dari hotel, kami just cross jalan then berjalan kaki sepanjang deretan kedai to the right side sampailah jumpa signboard kedai tu. Kami order tomyam. Bagi aku rasa not bad gakla. Tapi frankly speaking aku tak pernah jumpa tomyam thai yang btol-btol buat aku impress. Malaysia punya tomyam pun sedap juga kan? Kan? Lepas makan, kami sempat jalan-jalan sekitar area hotel. Ada banyak kedai-kedai tepi jalan. Tak beli apa-apa pun sebab barang tak best. Ok tu je!

Makan time di restaurant Mak Yah

Street shops area hotel...

September 20, 2011

Overland Cambodia-Thailand Day 4 (29/04/2011)

Ok hari ni kami plan pergi melawat lepas zohor sebab hari ini nak tengok sunset. Owh smlm tengok sunrise kan. Kali ini kami pergi melawat candi yang terletak agak jauh dari kawasan utama Angkor Wat. Kena melalui kawasan kampong. Sebenarnya kalaula ada orang baca blog aku ini paham ke dop macam mana kedudukan candi-candi ini. Secara ringkasnya candi-candi ini terletak dalam satu kawasan macam hutan simpan. Candi-candi ini bukanlah terletak sebelah menyebelah je. Ade yang jauh sikit. Macam yang aku nak pergi ni sampai pelusuk kawasan kampong ceruk mana aku pun tak tau. Aku rasa kampong itu masih di dalam kawasan simpanan Angkor Wat. Candi yang ini spesel sikit sebab dibina dengan red sandstone (batu pasir berwarna merah). Memang cantik dan strukturnya still lagi well-preserved. Kalau tagkap gambar memang cantik. Rugi tak datang sini. Nama candi ini ialah Banteay Srey.

Banteay Srey...merahkan struktur batuan


Konon nak wat kulit album...poyo!

Lepas tu, kami gerak melawat candi yang lain yang namanya aku pun dah lupa.hahaa. Lastly, bila nak dekat senja, kami pergi candi yang terakhir untuk trip kali ni..Sekali lagi kami diuji menaiki bukit yang tinggi sebab ia terletak di atas bukit. Ada disediakan perkhidmatan gajah kat bawah tu untuk naik bukit tapi harga dia mahal. Lagipun ramai pelancong prefer jalan kaki beramai-ramai. Tangga batu nak naik candi tu very steep. Memang mencabar betul nak naik. Sampai di puncak atas candi tu, kami cari port yang best nak tengok sunset. Sementara tu, bolehlah layan kegedikan dengan mengambir gambar. Tapi best lepak atas ini sebab dapat tengok pemandangagan yang luas. Tunggu punya tunggu matahari masih tak kelihatan sebab cuaca time itu redup dan mendung. Huhu tragis sungguh. Jadi kempunanlah nak tengok sunset. Masa nak turun bukit, memang sedih sangat sebab nak tinggalkan kawasan ancient for the last time. Tak dapat lagi nak tengok bangunann purba ini lagi.

Macam biasa aku tak ingat nama...


Candi tempat tengok sunset...Tak ingat nama gak...huhu

Malam tu kami makan kedai halal yang lain tapi still indian/pakistan cuisine. Aku order nasi goreng telur and kawan aku order nasi goreng vegetarian. Sekali sampai portion dia besar gila yang boleh panggil 2 orang meja sebelah join makan sekali . Tapi bila makan memang super sedap walaupun tiada ayam, daging or seafood dalam tu. Rempah ratus dia kot yang menjadikan nasi goring tu sedap. Aku Berjaya haiskan nasi tu. Memang tak disangka-sangka (Ke memnag dijangka??). So tak jadi panggil orang sebelah join skali. Nama kedai aku tak ingat tapi kedai ini terleak antara lorong nak masuk guesthouse kami dengan jalan besar. Okeyla itu je aku nak membebel. Esok kami nak ke Bangkok!

September 17, 2011

Overland Cambodia-Thailand Day 3 (28/04/2011)

Hari ini memang saat yang ditunggu-tunggu sebab nak pergi Angkor Wat. Kami bertolak seawal 5 pagi semata-mata nak tengok sunrise. Sampai di pintu utama, kami membeli pas pelawat berharga USD 40 untuk 3 hari. Maknanya kami boleh datang sini lagi sekali sampailah cukup 3 hari. Kalau pas untuk satu hari, seminggu atau sebulan harga lain-lain. Dah masuk jangan hilangkan pula sebab nanti pelancong diminta menunjukkan pas pelawat itu setiap kali nak masuk melawat setiap kawasan candi. Ada banyak candi dalam Angkor Wat. Jangan ingat Angkor Wat je ada dalam tu. Huhu…Tapi memang Angkor Wat yang paling popular sebab strukturnya masih ‘well preserved’ dan lambang Angkor Wat ini boleh dilihat di dalam bendera rasmi Cambodia.

Sampai je depan Angkor Wat, memang sudah ramai pelancong yang dah berpusu-pusu masuk. Ingatkan kami yang paling awal..hehe…Tapi honestly cantik sangat pagi tu. Matahari tak naik lagi. Suasana memang dingin dan sejuk. Nak tangkap gambar luar Angkot Wat tak cantik sangat sebab tak ada cahaya matahari. So kami terus gerak masuk untuk cari tempat yang best untuk ambil gambar sunrise. Sebab dah ramai sangat pelancong, kami decide tunggu di satu kawasan yang tak ramai orang sambil mengambil beberapa keping gambar. Memang ambil gambar sudut mana-mana pun cantik sebab the pictures look ancient! Memang best! Bila dah nampak sunrise, Kawan aku ambil gambar sementara aku pergi cari port nak duduk sambil layan blues..haha..Tetiba seorang lelaki remaja local datang menghampiri aku. Ishh kacau betol tau. Dia tunjukkan aku beberapa keping buku mengisahkan semua candi-candi yang dibina. Aku meminta dia jual satu buku dengan 10 usd instead of 27 usd. Memula dia tak nak bagi tetapi akhirnya dia mengalah sebab aku kata nak beli dua untuk aku dan kawan aku. Jadi dengan buku itulah kami bawa kehulur-kehilir setiap kali melawat candi-candi dalam kawasan itu sebab kami tiada tourist guide yang nak terangkan apa kejadah benda tu semua. So dengan buku tu bolehlah tau sikit-sikit sejarah macam mana candi tu dibina dan bala bla bla…Nampak independent tak? Muahahaa..

Dalam kawasan Angkor Wat...sebelum sunrise...


Sunrise di Angkor Wat...


Dalam Angkor Wat lagi...


Luar kawasan Angkor Wat...

Selepas melawat Angkor Wat, kami naik tuk-tuk semula pergi ke kawasan candi yang lain. Hari ini kami melawat candi-candi yang terdapat dalam small tour. Aku tak ingat nama-nama candi sebab memori aku dah lupus.ngeeee….Tapi aku ingat ada nama satu candi tu iaitu Ta Phrom. Candi ini popular sebab ada shooting filem Angelina Jolie untuk Thomb Raider. Candi ini memang senang nak recognize sebab banyak akar pokor yang besar tumbuh di kawasan candi tu. Masalahnya bateri kamera kong pula time tu. So dapat tangkap gambar candi je tanpa kami berposing kegedikan. Huh memnag agak frust. Tula akibatnya kalau excited sangat ambil gambar sampai tak ingat dunia.

Ta Phrom...nampak tak akar pokok besar gedabak...Struktur candi di sini pun banyak yang dah musnah...

Lagi satu candi popular iaitu Bayon sebab candi ini banyak struktur muka diukir di dinding-dinding. Kami habis melawat semua candi dalam small tour dalam kol 1. Memang masa itu cuaca dah panas. Kalau datang sini dinasihatkan membawa banyak air sebab nanti akan cepat haus. Kalau tak nak beli pun tak ada masalah sebab banyak je penjual menjual minuman, makanan dan cenderamata. Tapi kena hati-hati dengan budak-budak yang menjual sebab mereka akan serbu ramai-ramai suruh beli barang mereka.

Bayon...


Tak ingat nama dia...


Ni pun tak ingat...huhu


Ni adalah map kawasan candi-candi tu...Yang line merah ialah small tour manakala line biru ialah big tour...Kalau diperhatikan banyak lagi candi sekeliling kawasan tu tapi tak termasuk dalam package tuk-tuk yang kami ambil...

Aku nak cerita masa kami tengah syok-syok ambil gambar, tetiba datang sorang lelaki local. Dia macam baik sebab suggest kepada kami pergi sudut-sudut yang menarik nak tengok pemandangan lagi cantik pastu tolong kami tangkapkan gambar kami berdua. Lepas itu kami bersembang dengan dia. Aku rasa dia pekerja yang jaga kawasan candi tu tetapi bila kami nak blah tetiba aku dengar dia minta duit. Dia sebut money.. money... Tapi suara dia macam tak kuat tapi aku masih dapat dengar. Aku pun suruh kawan aku keluar dari situ cepat-cepat sebab aku tak nak bagi duit kat dia. Teruk btol asyik nak duit je. Susah tau kalau datang negara yang tak berapa membangun ni. Memang kena hati-hati. Ada kes beberapa kali ada makcik suruh kami berdoa depan patung tuhan dia dalam candi tu. Kami tolak cara baik cakap sorry we are muslim. Barulah dia faham. Ingat nak doa tu free?? colok yang dia bagi tu pun kene bayar tau.

Bila dah habis small tour, kami balik ke guesthouse. Perut aku pun dah lapar. Lepas bersihkan diri dan sembahyang, kami berjalan kaki menuju ke kawasan Old Market. Cari kedai halal India. Kedai-kedai halal ini kami google pastu nak tau di mana guna google map. Sonang citer…hahaha…Simple tak plan kitaorang?? Siyesly aku cakap makanan di Cambodia yang halal memang mahal. Kami kena bayar untuk ayam tandaori, kari ayam, nasi, samosa dan minuman dalam usd 15. Harga dia boleh makan Kenny Rogers yang sedap lagi menjilat jari…hehe…Nasib baik kami bawa bekal dari rumah macam meggi…coklat…sebab tak larat kalau nak beli makanan halal kat sini tiap-tiap hari. Lepas makan, kami menuju ke Angkor Night Market. Market ini aku tak ingat dia buka seawal jam berapa. Aku rasa jam 6 kalau tak silap. Market ini terletak tidak jauh dengan tempat kami menginap. Kami tak berapa excited nak shopping sebab banyak dah beli masa di Old Market sebelum ini. Not bad juga barang dia. Kami beli tshirt yang murah dalam usd 2 dan seluar macam Aladdin untuk pakai keesokannya. Esok nak pergi melawat candi2 dalam list big tour plak.yuhuuu~~

Angkor Night Market...Tshirt memang murah tapi kene pandai tengok kualiti...