Here are some pics for flavours...
Till then!
So kami decide pergi Chatuchak Market je dari Hua Lampong station dan stop di Mo chit station (nearest train to Chatuchak Market). Tapi kena tukar train line di Siam station dulu. Pasar ni feymes sangat tapi beroperasi time weekend je. Aku tak plan dalam itinerary sebab tak nak shopping la konon. In the end, kena pergi juga. Sampai di sana, pasar masih tak buka lagi sebab start operasi kol 10 pagi. Kami lepak di tepi deretan kedai yang masih tutup. Time tu hujan turun renyai-renyai.
2 jenis train. Satu MRT dan satu lagi skytrain...System train bagus dan efisien. Airport line tak ditunjukkan dalam gambar:p
Banyak sangat kedai dalam pasar tu. Ko nak apa? Baju? Kasut? Baju baby? Pinggan mangkuk? Barang deco rumah? Semua ada. Best memang best tapi kalau tak bawa banyak duit memang ko cuci mata je sambil mengetap bibir and meroyan. Ramai gila orang waktu tu. Macam semut dah aku tengok. Tak habis tawaf pun tapi sebab dah penat plus ramai orang kami plan balik hotel semula.
Chatuchak Market...lawa weh kasut dia tapi takde size...
Ni kat luar Chatuchak...Sami ni tengah minta derma kot
Dari hotel, kami berjalan kaki ke Platinum Mall. Kalau tak tahu boleh je tanya orang sebab jalan dia lurus je. Ni lagi satu tempat syurga pakaian. Aku jalan tunduk je dalam ni. Bukan nak bagi tanda hormat tapi kerana tak mampu nak melawan nafsu membeli-belah. Bila perut dah lapar baru ingat jalan pulang. Bertentangan dengan hotel, terdapat beberapa stall kecil dibuka di tepi jalan yang menjual macam-macam makanan. Ada yang muslim punya. Kami makan meatball noodles, pulut mangga dan durian kat tepi jalan. Baru mampak macam local ye tak? Hehe…
Kedai ni tepi jalan sebelah jejantas. Berdekatan hotel...
Ni luar hotel..
Nanti driver tu datang balik sambil membawa sticker berwarna untuk setiap penumpang untuk dilekatkan atas baju. Aku jadi konfius jap. Apa kejadah dia bagi sticker ni la kan. Rupanya setiap warna menunjukkan destinasi yang berbeza. Nanti di sempadan thai-cambodia, penumpang akan separate dan menaiki kenderaan yang lain untuk ke destinasi masing-masing. Bas hanya bawa sampai sempadan Cambodia je. Lepas tu, someone from their company dari Thailand akan tunggu di border dan bawa kami menaiki kenderaan lain.
Tunggu driver bagi sticker...mat omputih yang paling depan dalam gambar nila yang kami sempat borak
Tiba di Poipet, semua penumpang turun. Time ni kami agak fening sebab tak tau nak tuju ke mana. Bas dropkan agak jauh dari kaunter imigresen. Makanya aku memfollow je tourist depan aku untuk ke kaunter imigresen.
Bila dah selesai urusan imigresen di Cambodia, kami tak tau nak ke kaunter imigresen Thailand plak. Nasib baik time tu ada sorang mamat ni from nowhere tunjukkan jalan ke kaunter imigresen Thailand. Rupanya mamat tu from bus company yang kami naiki tadi sebab dia kenal sticker yang kami lekatkan tadi. Time nak queue masuk Thailand punyela panjang barisan. Memang perlukan kesabaran yang tinggi ditambah cuaca yang agak panas.
Bila selesai semua urusan imigresen, someone bawa kami ke van yang disediakan untuk ke Bangkok.Van condition ok sebab ada aircond. Sampai di Bangkok, van tu drop kan kami semua di tepi jalan je (area Khaosan Road). Hampeh btol tau driver van ni. Blur lagi sebab tak tau camne nak ke train station. Ape lagi tahan teksi then suruh dia stopkan at any train station. Teksi pink pakai meter so dont worry.
Sampai train station aku dah hepi sbb aku tau kami bole survive lepas tu. Aku memang dah bawa train map untuk memudahkan kami bergerak nanti. Hotel tak book lagi. Kira redah jela tapi aku dah ada beberapa list hotel dan addressnya. Kami decide stay di Samran Place dengan room rm 90 per nite. Okla lagipun walking distance from nearby train statin (Ratchadewi). Nak pergi Pratunam (shopping), Platinum (shopping), Mak Yah restaurant (halal food), Fareeda Restaurant (halal food) semua walking distance je. Tapi sebenarnya shopping dua tu agak jauh. Kalau tak larat ambil je teksi. Kalau jalan lagi best sebab dapat cuci mata. Ngeee…Kalau tak tau jalan bole tanya receptionist hotel. Mereka mesti taunye.
Lepas check-in, kami lepak dalam bilik kejap sebab penat gila ko. Dari pagi gerak baru petang kol 6 baru dapat check-in hotel. Memang serius aku agak longlai malam tu. Tapi tabahkan diri berjalan ke Mak Yah restaurant sebab lapa. Dari hotel, kami just cross jalan then berjalan kaki sepanjang deretan kedai to the right side sampailah jumpa signboard kedai tu. Kami order tomyam. Bagi aku rasa not bad gakla. Tapi frankly speaking aku tak pernah jumpa tomyam thai yang btol-btol buat aku impress. Malaysia punya tomyam pun sedap juga kan? Kan? Lepas makan, kami sempat jalan-jalan sekitar area hotel. Ada banyak kedai-kedai tepi jalan. Tak beli apa-apa pun sebab barang tak best. Ok tu je!
Makan time di restaurant Mak Yah
Street shops area hotel...
Banteay Srey...merahkan struktur batuan
Konon nak wat kulit album...poyo!
Lepas tu, kami gerak melawat candi yang lain yang namanya aku pun dah lupa.hahaa. Lastly, bila nak dekat senja, kami pergi candi yang terakhir untuk trip kali ni..Sekali lagi kami diuji menaiki bukit yang tinggi sebab ia terletak di atas bukit. Ada disediakan perkhidmatan gajah kat bawah tu untuk naik bukit tapi harga dia mahal. Lagipun ramai pelancong prefer jalan kaki beramai-ramai. Tangga batu nak naik candi tu very steep. Memang mencabar betul nak naik. Sampai di puncak atas candi tu, kami cari port yang best nak tengok sunset. Sementara tu, bolehlah layan kegedikan dengan mengambir gambar. Tapi best lepak atas ini sebab dapat tengok pemandangagan yang luas. Tunggu punya tunggu matahari masih tak kelihatan sebab cuaca time itu redup dan mendung. Huhu tragis sungguh. Jadi kempunanlah nak tengok sunset. Masa nak turun bukit, memang sedih sangat sebab nak tinggalkan kawasan ancient for the last time. Tak dapat lagi nak tengok bangunann purba ini lagi.
Macam biasa aku tak ingat nama...
Candi tempat tengok sunset...Tak ingat nama gak...huhu
Malam tu kami makan kedai halal yang lain tapi still indian/pakistan cuisine. Aku order nasi goreng telur and kawan aku order nasi goreng vegetarian. Sekali sampai portion dia besar gila yang boleh panggil 2 orang meja sebelah join makan sekali . Tapi bila makan memang super sedap walaupun tiada ayam, daging or seafood dalam tu. Rempah ratus dia kot yang menjadikan nasi goring tu sedap. Aku Berjaya haiskan nasi tu. Memang tak disangka-sangka (Ke memnag dijangka??). So tak jadi panggil orang sebelah join skali. Nama kedai aku tak ingat tapi kedai ini terleak antara lorong nak masuk guesthouse kami dengan jalan besar. Okeyla itu je aku nak membebel. Esok kami nak ke Bangkok!